......Selamat Datang ke Blog Kampung Air Melintas Besar......

Monday 21 May 2012

Homestay di Air Melintas Besar






Sekitar Kampung Air Melintas Besar




Ketua Keluarga Penduduk Air Melintas Besar

Perusahaan dodol di Air Melintas Besar




Pertanian dan Penternakan





Aktiviti pertanian dan industri merupakan sumber pendapatan utama penduduk kampung ini. Pelbagai usaha pertanian dan ekonomi dilaksanakan di kampung ini sama ada secara sepenuh masa atau secara sampingan.

Kawasan pertanian yang diusahakan menggunakan kawasan pertanian yang sedia ada, sekeliling rumah dan juga tanah rizab sungai yang terbiar setelah mendapat kebenaran JPS. Secara keseluruhannya, penggunaan tanah untuk kegiatan pertanian dan ternakan diusahakan semaksima mungkin. Ada yang diusahakan sebagai sumber pendapatan utama dan ada yang diusahakan untuk pendapatan tambahan.




Penggunaan teknologi semakin meningkat di kalangan pengusaha setelah mendapat pelbagai input ke arah meningkatkan hasil. Antaranya mesin pemotong pelepah dan daun sawit, mesin  dan pam air, penggunaan baja dan makanan tambahan untuk pertanian dan penternakan, mendapatkan benih dan baka yang baik.

Bantuan baja dan benih daripada kerajaan juga diperolehi. Bantuan-bantuan ini membantu mempertingkatkan hasil dan usaha yang dilakukan.


Khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian, PPK dan Jabatan Veterinar sentiasa diperolehi untuk memastikan usaha pertanian dan penternakan ini berjaya terutamanya untuk mengelakkan penyakit.
 

Hasil pertanian dan penternakan kebanyakannya dijual terus tetapi ada juga yang diproses sebelum dijual antaranya :- Lembu, kambing, ayam disembelih di tempat sembelih dan juga boleh disediakan masakan dan hidangan mengikut kehendak dan keperluan.

Thursday 17 May 2012

Carta Organisasi AMB


KEBERSIHAN DAN KESIHATAN


SISTEM BEKALAN AIR BERSIH
Semua rumah memilik bekalan air bersih untuk kegunaan keluarga
138 buah rumah  - paip PBA
10 buah rumah  - kongsi paip dengan rumah saudara atau jiran

SISTEM PELUPUSAN NAJIS
Semua rumah memiliki sistem tandas yang baik dan teratur
v  95 buah rumah – tandas curah
v  53 buah rumah – tandas tarik / septik

Sentiasa mendapat bantuan dan khidmat dari PBA dan Indahwater

SISTEM PEMBUANGAN SAMPAH
v  Setiap rumah dibekalkan dengan tong sampah hitam dan bekas letak tong untuk memberi kesedaran dan galakan menjaga kebersihan
v  Penduduk menggunakan tong sampah besar MPSP yang terletak di Pekan Pokok Machang dan Kampung To’ Bedor untuk membuang sampah
v  Sebahagian rumah mendapat bekas pembakaran sampah dari Jabatan Kesihatan

SISTEM PENYALURAN AIR LIMBAH
v  Setiap rumah mempunyai saluran air limbah sama ada ke sungai atau parit saliran
v  Mendapat bantuan dan peruntukan dari masa ke semasa untuk perbaiki sistem perparitan untuk penyaluran air limbah

KEPEKAAN PENJAGAAN KESIHATAN
Melaksanakan aktiviti-aktiviti kesihatan seperti :-
v  Senamrobik hujung minggu di Pokok Machang dan semasa sambutan Hari Keluarga
v  Menganjurkan Pameran dan Rawatan kesihatan percuma semasa sambutan Hari Keluarga dan Program Jom Pi Masjid.
v  Demonstrasi Bantuan Pertolongan Cemas oleh St John Ambulans membantu pesakit kronik atau kurang mampu dari segi nasihat dan bantuan peralatan seperti kerusi roda.
v  Program Larian dan Berbasikal
v  Menjadikan pelbagai acara sukan sebagai acara tahunan ke arah mewujudkan aktiviti sihat.
v  Mengedar dan menyebarkan maklumat tentang penakit dan isu kesihatan melalui edaran pamphlet dan papan kenyataan kampong, surau atau masjid – contoh H1N1   


AKTIVITI KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

KECERIAAN DAN KEINDAHAN

USAHA KE ARAH PERSEKITARAN KAMPUNG DAN TEMPAT AWAM INDAH
  1. Membina dan mewujudkan mercu-mercu tanda kampung seperti pintu gerbang, tanda jalan, tanda lorong dan peta kampong.
  2. Menjalankan aktiviti gotong-royong secara berkala dan berterusan sepanjang tahun.
  3. Mengecat mercu tanda dan bangunan utama.
  4. Menama dan menandakan nama-nama pokok dalam kampung dengan nama saintifik.
  5. Menanam pokok-pokok sepanjang jalan.   
  6. Memasang pagar pada tempat-tempat tertentu pada jalan utama kampung.

USAHA KE ARAH MENGHIJAU KAWASAN DAN HALAMAN RUMAH
  1. Menggalakkan penanaman pokok bunga, sayuran dan herba di kawasan rumah
  2. Mengadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan laman rumah dari semasa ke semasa
  3. Menyediakan peti pos merah dan tanda nama dan alamat yang seragam untuk setiap rumah

USAHA KE ARAH KEBERSIHAN DALAMAN RUMAH
  1. Hampir keseluruhan rumah ada langsir tingkap.
  2. Konsep hiasan dalaman rumah mengikut ruang dan kesesuaian rumah.
  3. Setiap rumah digalakkan mengecat rumah masing-masing agar kelihatan ceria.