......Selamat Datang ke Blog Kampung Air Melintas Besar......

Monday, 21 May 2012

Pertanian dan Penternakan





Aktiviti pertanian dan industri merupakan sumber pendapatan utama penduduk kampung ini. Pelbagai usaha pertanian dan ekonomi dilaksanakan di kampung ini sama ada secara sepenuh masa atau secara sampingan.

Kawasan pertanian yang diusahakan menggunakan kawasan pertanian yang sedia ada, sekeliling rumah dan juga tanah rizab sungai yang terbiar setelah mendapat kebenaran JPS. Secara keseluruhannya, penggunaan tanah untuk kegiatan pertanian dan ternakan diusahakan semaksima mungkin. Ada yang diusahakan sebagai sumber pendapatan utama dan ada yang diusahakan untuk pendapatan tambahan.




Penggunaan teknologi semakin meningkat di kalangan pengusaha setelah mendapat pelbagai input ke arah meningkatkan hasil. Antaranya mesin pemotong pelepah dan daun sawit, mesin  dan pam air, penggunaan baja dan makanan tambahan untuk pertanian dan penternakan, mendapatkan benih dan baka yang baik.

Bantuan baja dan benih daripada kerajaan juga diperolehi. Bantuan-bantuan ini membantu mempertingkatkan hasil dan usaha yang dilakukan.


Khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian, PPK dan Jabatan Veterinar sentiasa diperolehi untuk memastikan usaha pertanian dan penternakan ini berjaya terutamanya untuk mengelakkan penyakit.
 

Hasil pertanian dan penternakan kebanyakannya dijual terus tetapi ada juga yang diproses sebelum dijual antaranya :- Lembu, kambing, ayam disembelih di tempat sembelih dan juga boleh disediakan masakan dan hidangan mengikut kehendak dan keperluan.

No comments:

Post a Comment