......Selamat Datang ke Blog Kampung Air Melintas Besar......

Thursday, 17 May 2012

PERANAN KEPIMPINAN DAN AHLI JAWATANKUASA


01. Mewujudkan Pelan Tindakan Kampung
v  Pembentukan VISI , MISI dan Perancangan
v  Ada biro dan pembahagian tugas
v  Menyediakan ruang dan menjadi penyalur maklumat sama ada berkaitan aktiviti, isu semasa, bantuan serta sumbangan dan sebagainya melalui pekeliling, papan kenyataan, hebahan di surau atau masjid, sms, penyediaan jadual, carta, peta dan data. 
v  Bina identiti kampung dengan mencipta logo dan lagu kampung untuk semai dan tanam semangat sayangkan kampung.

02. Menjalin hubungan baik dengan agensi luar
v  Mendapatkan sumber dan maklumat

03. Menjadi Penggerak Perubahan Masyarakat
v  Merancang dan melaksanakan aktiviti
v  Sentiasa prihatin dengan masalah penduduk tentang fakir miskin, anak yatim, penyakit kronik, masalah bencana seperti banjir, kebakaran dan  kecurian
v  Tidak wujudkan puak dan perpecahan dalam masyarakat  
v  Kerap bermesyuarat sama ada secara rasmi atau tidak rasmi

04. Membina kecemerlangan
Sentiasa memberi rangsangan dan dorongan untuk kejayaan sama ada untuk individu atau kumpulan :-
4.1         Pelajar
4.2         Belia dan remaja
4.3         Persatuan
4.4         Unit peladang
4.5         Peladang  
4.6         Usahawan
Kejayaan akan menjadi contoh dan dan menaikkan semangat untuk kejayaan seterusnya.

05. Membentuk barisan pelapis kepimpinan
Penekanan barisan pelapis kepimpinan sentiasa diberi perhatian supaya penerusan aktiviti dan kepimpinan berjalan dengan baik
Setiap jawatankuasa ada orang tua dan orang muda
Menekankan prinsip “ Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi “

PROGRAM / AKTIVITI KEPIMPINAN
Bil
Program / AKtiviti
Kekerapan
1
Mesyuarat pelbagai organisasi
Setiap bulan
2
Lawatan Kepimpinan
Mengikut keperluan
3
Lawatan ahli
2 kali setahun
4
Kursus Motivasi dan Kepimpinan (Sendiri /Luar)
2 kali setahun

2 comments:

  1. Bagi pendapat saya penduduk kg air melintas besar sangat aktif dan juga bermotivasi yang tinggi..sabasssss

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kepada semua ajk kg..dengan segala layanan yang di berikan pada saya . hanya allah sahaja akan membalas segala budi baik anda semua ..dengan di tambahkan nikmat rezeki yang banyak

    ReplyDelete