......Selamat Datang ke Blog Kampung Air Melintas Besar......

Thursday, 17 May 2012

Logo AMB


PENERANGAN MENGENAI LOGO

MOTO

Bersama Ke mercu Kejayaan

WARNA BIRU
Perpaduan
WARNA MERAH
Berani
WARNA PUTIH
Bersih Dan Ikhlas
Lengkung Putih & Merah
Bendera Malaysia
Gambaran aliran air (asas nama kampung)
KELILING BIRU

Lambang kesepaduan dan kerjasama kearah mencapai kejayaan



KEPIMPINAN DAN INSTITUSI


VISI
“ Bersama Ke Mercu Kejayaan “
MISI
Bagi mencapai VISI besar ini, Ahli Masyarakat Air Melintas Besar Melaksanakan perlu melaksanakan MISI berikut:-
1.   Mengamalkan BUDAYA KERJA SUKARELA bagi melahirkan Ahli masyarakat yang berdikari  dan sentiasa prihatin dengan masyarakat.
2.   Meningkatkan KUALITI PENGURUSAN dan EKONOMI Masyarakat.
3.   Menjadi PENJANA MOTIVASI untuk melihat Ahli masyarakat berjaya.
4.   Mengembangkan POTENSI MASYARAKAT dengan menjalankan pelbagai aktiviti.
5.   Memertabatkan ILMU dan AGAMA bagi melahirkan Ahli masyarakat yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.
6.   Menjana KEPIMPINAN MASYARAKAT yang mempunyai semangat keyakinan dan dapat mewarisi kepimpinan

PERANCANGAN

Kejayaan hanya akan dicapai jika ada perancangan yang dapat dijayakan. Untuk tujuan itu, Kepimpinan Masyarakat Air Melintas Besar menggariskan beberapa panduan dan merangka program dan aktiviti.

Setiap tahun Masyarakat Air Melintas Besar perlu menjalankan program yang menjurus ke arah pencapaian MISI yang ditetapkan iaitu :-


Mengamalkan BUDAYA KERJA SUKARELA

Gotong Royong, Pakatan Mentara Kenduri, Pengurusan Mayat dan Program-program Kebajikan seperti membantu Mangsa Bencana, Kemalangan, Orang Kurang Upaya, Miskin dan Anak Yatim.


Meningkatkan KUALITI PENGURUSAN dan EKONOMI

Menganjur dan mengikuti Kursus dan Seminar, Perbincangan, Mesyuarat, Program Cambah Fikiran, Nasihat, Lawatan, Mencari Tajaan dan Sumbangan.


Menjadi PENJANA MOTIVASI

Kursus dan Seminar Motivasi, Melahirkan Belia “Role Model”


Mengembangkan POTENSI dan MINAT

Melaksanakan Program Sukan, Ekspedisi, Program Kebudayaan dan Kesenian, Kebebasan Bersuara, Beri Pendapat, Pandangan, Komen dan Kritik.


Memertabatkan ILMU dan AGAMA

Wujudkan ruang Rujukan seperti Mini Perpustakaan, Perpustakaan Bergerak, Kelas Tuisyen, Program UPSR, PMR dan SPM, anjur Ceramah Bulanan dan Peristiwa, Perarakan Maulidur Rasull dan Program Keagamaan dan Kerohanian.


Menjana KEPIMPINAN

Menganjur dan Mengikuti Kursus, Mengadakan Lawatan, Menjemput atau Mengundang Pemimpin, Kerap Mesyuarat dan Berbincang secara formal dan tidak formal.

 


No comments:

Post a Comment