......Selamat Datang ke Blog Kampung Air Melintas Besar......

Thursday, 17 May 2012

EKONOMI – SUMBER KEKAYAAN BARU DESA


 
Kegiatan ekonomi yang diusahakan dan menjadi produk kebanggaan kampung ini ialah :-

1. Penghasilan Makanan Lobak Ayam
Produk ini adalah hasil daripada resepi makanan orang Cina. Bahannya adalah daripada yang halal menjadi satu daripada produk yang unik di kampung ini dan susah diperolehi di tempat lain.

Proses pembuatannya mudah dan sedang diusahakan oleh beberapa penduduk kampung ini secara kecil-kecilan. Usaha ke arah memperbesarkan dan mengkomersialkan produk ini sedang dilakukan. Pemantapan proses pembuatan sedang diusahakan sebelum dapat dipasarkan secara meluas.

2. Perusahaan Pinang Kering
Perusahaan Pinang Kering diusahakan oleh Hj Nayan Awang dan anaknya Mohd Rizal. Perusahaan ini bermula secara kecil-kecilan dan hari ini menjadi perusahaan yang besar. Perusahaan Pinang Kering ini menjadi keluaran utama kampung ini untuk menjayakan hasrat kerajaan ke arah “ SATU KAMPUNG, SATU PRODUK “

Perusahaan ini menjadi perusahaan pinang kering yang paling utama di kawasan Utara. Semua pengusaha kecil pinang kering di kawasan Utara akan menghantar pinang kering ke sini termasuk juga dari Selatan Thailand. Hasilnya pinang kering ini telah berjaya dieksport  ke luar negeri seperi India, Pakistan, Bangladesh, China dan Arab Saudi.
    
3. Perusahaan Makanan Cacing
Perusahaan ini merupakan satu penemuan baru di negara ini dan berjaya diusahakan di kampung ini. Proses membuat Makanan Cacing ini melibatkan campuran sisa buangan / kambing dan serbuk kayu.

Perusahaan ini memberi pulangan ang cukup baik kepada pengusaha. Perusahaan ini masih pada peringkat permulaan dan sedang dipertingkatkan usaha kea rah menjadikan ianya lebih berjaya dan dapat menghasilkan keluaran yang tinggi.
 
SUMBANGAN KE ARAH MASYARAKAT PERDAGANGAN BUMIPUTERA
Sesungguhnya kegiatan dan aktiviti ekonomi di kampung ini menjadi kekuatan utama dan memberi ruang kepada masyarakat kampung ini untuk mendapat peluang pekerjaan dan menjana pendapatan tambahan. Lebih daripada 100 orang penduduk kampung ini mendapat peluang pekerjaan yang wujud di kampung ini. Sememangnya wujud Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera di kampung ini.  





PROJEK-PROJEK EKONOMI KAMPUNG
A
PROJEK KHAS BELIA
1
Perkhidmatan Lampu
Tarikh dimulakan          
Oktober 1997
Status Projek                  
Masih berjalan
Saiz Projek                     
Perkhidmatan untuk Majlis Kenduri Kahwin di dalam kampung
Nilai Projek                    
RM450.00
Pendapatan     
RM 30.00 untuk satu perkhidmatan
Pengawasan
Di bawah Gerak Korporat
2
Tanaman Sayuran
Tarikh dimulakan          
Disember 2006
Status Projek                  
Baru bermula
Saiz Projek                      
1 ekar
Nilai Modal                  
RM 5000.00
Pendapatan     

Pengawasan
Gerak Korporat
3
Kedai Runcit dan Alatulis
Tarikh dimulakan          
September 2006
Status Projek                  
Sedang beroperasi
Saiz Projek                      
Kedai (dua pintu)
Nilai Modal                  
RM 10,000.00
Pendapatan untuk persatuan
RM 200.00 sebulan
Pengawasan
Gerak Korporat
4
Bengkel Cuci Kereta
Tarikh dimulakan          
Disember 2006
Status Projek                  
Sedang beroperasi
Saiz Projek                     
20 x 30 kaki
Nilai Modal                  
RM 5000
Pendapatan     
RM 50 sebulan
Pengawasan
Gerak Koporat
5
Tanaman sayur sistem Fertigasi
Tarikh dimulakan          
Januari 2007
Status Projek                   
Baru bermula
Saiz Projek                     
¼ ekar
Nilai Modal                  
RM 5000
Pendapatan     

Pengawasan
Gerak Korporat
6
Ternakan lembu (Sistem Pawah)
Tarikh dimulakan          
Januari 2007
Status Projek                  
Sedang beroperasi
Saiz Projek                     
6 ekor
Nilai Modal                  
RM 3500
Pendapatan     

Pengawasan
Gerak Koporat




 PROJEK-PROJEK EKONOMI KAMPUNG
B
PROJEK BANTUAN BELIA CAWANGAN MELALUI PERUNTUKAN PMAK
1
Kedai Makan
Tarikh dimulakan          
Mac, 1997
Status Projek                  
Masih berjalan
Saiz Projek                     
Sebelah rumah
Nilai Projek                    
RM500.00
Pendapatan Sebulan     
RM350.00
Bantuan Belia Caw      
RM100.00
Nama Pengusaha          
Sdr Roshidi bin Hamid

2

Projek Tanaman Sayur

 

Tarikh dimulakan          
Julai, 1997

 

Status Projek                  
Masih berjalan

 

Saiz Projek                     
2 ekar di Pokok Macang

 

Nilai Projek                    
RM2000.00

 

Pendapatan Sebulan     
RM1000.00

 

Bantuan Belia Caw      
RM200.00

 

Nama Pengusaha          
Idrus bin Ghazali

3

Jahitan Pakaian Wanita

 

Tarikh dimulakan          
Januari, 1997

 

Status Projek                  
Masih berjalan

 

Saiz Projek                      
Stor di rumah

 

Nilai Projek                    
RM 5000.00

 

Pendapatan Sebulan     
RM 500.00

 

Bantuan Belia Caw      
RM 200.00

 

Nama Pengusaha          
Sdri Noraini binti Ahmad

4

Alabama Enterprise (Sos Cili, Sos Cucur Udang, Satay, Acar limau, Kacang tumbuk & Katering )

 

Tarikh dimulakan          
Tahun 1996

 

Status Projek                  
Masih berjalan

 

Saiz Projek                     
Kawasan sekitar

 

Nilai Projek                    
RM20,000.00

 

Pendapatan Sebulan     
RM3000.00

 

Bantuan Belia Caw      
RM 300.00

 

Nama Pengusaha          
Sdr Abd. Halim bin Noordin



 PROJEK-PROJEK EKONOMI KAMPUNG
C
PROJEK BANTUAN PMAK, LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
1
Pemprosesan dan Pembuatan Lobak Ayam

 

Tarikh dimulakan          
Tahun 2005

 

Status Projek                  
Masih berjalan

 

Saiz Projek                     
20 X 20 kaki

 

Nilai Projek                    
RM 5000.00

 

Pendapatan Sebulan     
RM 1500.00

 

Nama Pengusaha          
Pn. Maziah bt Che En 
2
Tanaman Sayur

 

Tarikh dimulakan          
Tahun 1996

 

Status Projek                  
Masih berjalan

 

Saiz Projek                     
3 ekar

 

Nilai Projek                    
RM 5000.00

 

Pendapatan Sebulan     
RM 1000.00

 

Nama Pengusaha          
En. Mohd Nasir bin Awang
3
Kuih Tradisional

 

Tarikh dimulakan          
Tahun 1997

 

Status Projek                  
Masih berjalan

 

Saiz Projek                     
20 X 20 kaki

 

Nilai Projek                    
RM5000.00

 

Pendapatan Sebulan     
RM 600.00

 

Nama Pengusaha          
Pn. Che Som binti Hashim
4
Ternakan Kambing

 

Tarikh dimulakan          
Tahun 1996

 

Status Projek                  
Masih berjalan

 

Saiz Projek                     
40 ekor kambing

 

Nilai Projek                    
RM10000.00

 

Pendapatan Sebulan     
RM 1000.00

 

Nama Pengusaha          
En. Othman bin Ahmad – Ketua Projek
Pn. Rahmah binti Hussein
  

 PROJEK-PROJEK EKONOMI KAMPUNG
D
AHLI BELIA CAWANGAN YANG TERLIBAT DENGAN AKTIVITI EKONOMI
1
Perniagaan Asas Unggul
Tarikh dimulakan          
Tahun 1993
Status Projek                  
Masih berjalan
Saiz Projek                     
Kawasan sekitar
Bidang Niaga
Kontraktor Binaan
Nama Ahli
Sdr Mohamad bin Hashim
2
Perniagaan Jalil dan Keluarga
Tarikh dimulakan          
Tahun 1990
Status Projek                  
Masih berjalan
Saiz Projek                     
Kawasan Utara
Bidang Niaga
Kontraktor Binaan dan Pembekal Makanan
   Nama Ahli
Sdr Abdul Jalil bin Abdul Rahman
3
Van Kilang
Tarikh dimulakan          
Tahun 1995
Status Projek                  
Masih berjalan
Saiz Projek                     
3 buah van
Bidang Niaga
Membawa pekerja kilang
Nama Ahli
Sdr Rumli bin Kamis
4
Delima Bakti Enterprise
Tarikh dimulakan          
Tahun 1996
Status Projek                  
Masih berjalan
Saiz Projek                     
Pasar Awam, Pasar Tani dan Pasar Malam
Bidang Niaga
Menjual Ikan
Nama Ahli
Sdr Norzaidi bin Ahmad
5
Pembuat Pekasam
Tarikh dimulakan          
Tahun 1995
Status Projek                  
Masih berjalan
Saiz Projek                     
Sebelah rumah
Bidang Niaga
Pembekal Ikan Pekasam
Nama Ahli
Pn. Jamilah binti Yahya
6
Perniagaan Moktar
Tarikh dimulakan          
Tahun 1985
Status Projek                  
Masih berjalan
Saiz Projek                     
30 X 30 kaki
Bidang Niaga
Pelbagai barang keperluan runcit
Nama Ahli
Hj. Moktar bin Osman




7
Gerai Buah-buahan
Tarikh dimulakan          
Tahun 1996
Status Projek                  
Masih berjalan
Saiz Projek                     
Pasar Tani dan Pasar Malam
Bidang Niaga
Pelbagai Jenis Buahan
Nama Ahli
Sdr Mohd Anas bin Othman
8
Tanaman Padi
Tarikh dimulakan          
Tahun 1991
Status Projek                   
Masih berjalan
Saiz Projek                     
5 ekar
Bidang Niaga
Menanam Padi
Nama Ahli
Sdr Habibullah bin Saad
9
Perkhidmatan Mengecat
Tarikh dimulakan          
Tahun 1989
Status Projek                  
Masih berjalan
Saiz Projek                      
Kawasan sekitar
Bidang Niaga
Mengecat Bangunan
Nama Ahli
Sdr Rosli bin Saad

No comments:

Post a Comment