......Selamat Datang ke Blog Kampung Air Melintas Besar......

Thursday, 17 May 2012

Nama Dan Sejarah Kampung Air Melintas Besar



Kampung Air Melintas Besar mula diterokai pada awal tahun 1900 an. Pada asalnya kampung ini dipenuhi dengan hutan dan kebun pokok getah.

Kawasan kampung ini mula didiami dan diterokai apabila didatangi oleh beberapa orang penduduk. Pada mulanya hanya beberapa buah rumah sahaja telah didirikan. Penduduk-penduduk telah menamakan kampung ini bersempena dengan kejadian banjir air sungai yang terletak di tengah-tengah kampung yang selalu melimpah ke daratan kampung ini. Oleh yang demikian penduduk-penduduk kampung  telah  menamakan   Kampung Air Melintas Besar “ .


1 comment:

  1. Kampung yang ku tinggalkan. hatiku masih di sini. Ku bangga dengan kampungku ini. Tahniah pada semua kejayaan.Jangan lupa daku di Rantau.

    ReplyDelete