......Selamat Datang ke Blog Kampung Air Melintas Besar......

Monday, 21 May 2012

Homestay di Air Melintas Besar






Sekitar Kampung Air Melintas Besar




Ketua Keluarga Penduduk Air Melintas Besar

Perusahaan dodol di Air Melintas Besar




Pertanian dan Penternakan





Aktiviti pertanian dan industri merupakan sumber pendapatan utama penduduk kampung ini. Pelbagai usaha pertanian dan ekonomi dilaksanakan di kampung ini sama ada secara sepenuh masa atau secara sampingan.

Kawasan pertanian yang diusahakan menggunakan kawasan pertanian yang sedia ada, sekeliling rumah dan juga tanah rizab sungai yang terbiar setelah mendapat kebenaran JPS. Secara keseluruhannya, penggunaan tanah untuk kegiatan pertanian dan ternakan diusahakan semaksima mungkin. Ada yang diusahakan sebagai sumber pendapatan utama dan ada yang diusahakan untuk pendapatan tambahan.




Penggunaan teknologi semakin meningkat di kalangan pengusaha setelah mendapat pelbagai input ke arah meningkatkan hasil. Antaranya mesin pemotong pelepah dan daun sawit, mesin  dan pam air, penggunaan baja dan makanan tambahan untuk pertanian dan penternakan, mendapatkan benih dan baka yang baik.

Bantuan baja dan benih daripada kerajaan juga diperolehi. Bantuan-bantuan ini membantu mempertingkatkan hasil dan usaha yang dilakukan.


Khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian, PPK dan Jabatan Veterinar sentiasa diperolehi untuk memastikan usaha pertanian dan penternakan ini berjaya terutamanya untuk mengelakkan penyakit.
 

Hasil pertanian dan penternakan kebanyakannya dijual terus tetapi ada juga yang diproses sebelum dijual antaranya :- Lembu, kambing, ayam disembelih di tempat sembelih dan juga boleh disediakan masakan dan hidangan mengikut kehendak dan keperluan.

Thursday, 17 May 2012

Carta Organisasi AMB


KEBERSIHAN DAN KESIHATAN


SISTEM BEKALAN AIR BERSIH
Semua rumah memilik bekalan air bersih untuk kegunaan keluarga
138 buah rumah  - paip PBA
10 buah rumah  - kongsi paip dengan rumah saudara atau jiran

SISTEM PELUPUSAN NAJIS
Semua rumah memiliki sistem tandas yang baik dan teratur
v  95 buah rumah – tandas curah
v  53 buah rumah – tandas tarik / septik

Sentiasa mendapat bantuan dan khidmat dari PBA dan Indahwater

SISTEM PEMBUANGAN SAMPAH
v  Setiap rumah dibekalkan dengan tong sampah hitam dan bekas letak tong untuk memberi kesedaran dan galakan menjaga kebersihan
v  Penduduk menggunakan tong sampah besar MPSP yang terletak di Pekan Pokok Machang dan Kampung To’ Bedor untuk membuang sampah
v  Sebahagian rumah mendapat bekas pembakaran sampah dari Jabatan Kesihatan

SISTEM PENYALURAN AIR LIMBAH
v  Setiap rumah mempunyai saluran air limbah sama ada ke sungai atau parit saliran
v  Mendapat bantuan dan peruntukan dari masa ke semasa untuk perbaiki sistem perparitan untuk penyaluran air limbah

KEPEKAAN PENJAGAAN KESIHATAN
Melaksanakan aktiviti-aktiviti kesihatan seperti :-
v  Senamrobik hujung minggu di Pokok Machang dan semasa sambutan Hari Keluarga
v  Menganjurkan Pameran dan Rawatan kesihatan percuma semasa sambutan Hari Keluarga dan Program Jom Pi Masjid.
v  Demonstrasi Bantuan Pertolongan Cemas oleh St John Ambulans membantu pesakit kronik atau kurang mampu dari segi nasihat dan bantuan peralatan seperti kerusi roda.
v  Program Larian dan Berbasikal
v  Menjadikan pelbagai acara sukan sebagai acara tahunan ke arah mewujudkan aktiviti sihat.
v  Mengedar dan menyebarkan maklumat tentang penakit dan isu kesihatan melalui edaran pamphlet dan papan kenyataan kampong, surau atau masjid – contoh H1N1   


AKTIVITI KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

KECERIAAN DAN KEINDAHAN

USAHA KE ARAH PERSEKITARAN KAMPUNG DAN TEMPAT AWAM INDAH
  1. Membina dan mewujudkan mercu-mercu tanda kampung seperti pintu gerbang, tanda jalan, tanda lorong dan peta kampong.
  2. Menjalankan aktiviti gotong-royong secara berkala dan berterusan sepanjang tahun.
  3. Mengecat mercu tanda dan bangunan utama.
  4. Menama dan menandakan nama-nama pokok dalam kampung dengan nama saintifik.
  5. Menanam pokok-pokok sepanjang jalan.   
  6. Memasang pagar pada tempat-tempat tertentu pada jalan utama kampung.

USAHA KE ARAH MENGHIJAU KAWASAN DAN HALAMAN RUMAH
  1. Menggalakkan penanaman pokok bunga, sayuran dan herba di kawasan rumah
  2. Mengadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan laman rumah dari semasa ke semasa
  3. Menyediakan peti pos merah dan tanda nama dan alamat yang seragam untuk setiap rumah

USAHA KE ARAH KEBERSIHAN DALAMAN RUMAH
  1. Hampir keseluruhan rumah ada langsir tingkap.
  2. Konsep hiasan dalaman rumah mengikut ruang dan kesesuaian rumah.
  3. Setiap rumah digalakkan mengecat rumah masing-masing agar kelihatan ceria.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


v  Atas kesedaran pentingnya teknologi maklumat masa kini, Jawatankuasa kampung ini telah wujudkan Laman Web Kampung 
www.airmelintasbesar.com

PENGUASAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Kesedaran IT semakin tinggi di kalangan masyarakat terutamanya apabila ramai anak-anak kampung ini berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

v  63 buah rumah telah memiliki computer
v  30 buah rumah ada jaringan internet
v  Sudah ada beberapa orang memiliki Facebook dan Blog sendiri

Penggunaan internet juga semakin diperlukan kerana mudah untuk dijadikan bahan rujukan sama ada untuk pendidikan dan kerjaya
Beberapa orang penduduk kampung ini telah lulus dan mempunyai kemahiran baik pulih komputer
Seorang pelajar kampung ini sedang belajar peringkat SARJANA di dalam kursus KOMPUTER SAINS

PUSAT / KELAS KOMPUTER
Diwujudkan kelas asas komputer di bawah surau.
v  Tenaga pengajar di kalangan pelajar yang dah Berjaya
v  Kelas untuk pelajar sekolah dan juga dewasa / warga emas
v  Penggunaan pada hari Sabtu dan Ahad

Perpustakaan Multimedia Bergerak
v  Sebuah Perpustakaan Multimedia Bergerak dihantar oleh Perbadanan Perpustakaan Negeri untuk kemudahan penduduk setempat dan ditempatkan di perkarangan masjid Pokok Machang.
v  Perkhidmatan seminggu sekali

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT UNTUK TINGKATKAN EKONOMI
v  Homestay Rumah Kayu
v  Homestay Rumah Kayu menggunakan sepenuhnya kemudahan IT untuk tujuan pemasaran, pengiklanan dan promosi

Boleh mendapatkan maklumat tentang Homestay Rumah Kayu melalui :
rumahkayuhomestay.blogspot.com

Penekanan sentiasa diberikan di dalam industri yang lain untuk menggunakan IT dalam usaha mempertingkatkan ekonomi  

EKONOMI – SUMBER KEKAYAAN BARU DESA


 
Kegiatan ekonomi yang diusahakan dan menjadi produk kebanggaan kampung ini ialah :-

1. Penghasilan Makanan Lobak Ayam
Produk ini adalah hasil daripada resepi makanan orang Cina. Bahannya adalah daripada yang halal menjadi satu daripada produk yang unik di kampung ini dan susah diperolehi di tempat lain.

Proses pembuatannya mudah dan sedang diusahakan oleh beberapa penduduk kampung ini secara kecil-kecilan. Usaha ke arah memperbesarkan dan mengkomersialkan produk ini sedang dilakukan. Pemantapan proses pembuatan sedang diusahakan sebelum dapat dipasarkan secara meluas.

2. Perusahaan Pinang Kering
Perusahaan Pinang Kering diusahakan oleh Hj Nayan Awang dan anaknya Mohd Rizal. Perusahaan ini bermula secara kecil-kecilan dan hari ini menjadi perusahaan yang besar. Perusahaan Pinang Kering ini menjadi keluaran utama kampung ini untuk menjayakan hasrat kerajaan ke arah “ SATU KAMPUNG, SATU PRODUK “

Perusahaan ini menjadi perusahaan pinang kering yang paling utama di kawasan Utara. Semua pengusaha kecil pinang kering di kawasan Utara akan menghantar pinang kering ke sini termasuk juga dari Selatan Thailand. Hasilnya pinang kering ini telah berjaya dieksport  ke luar negeri seperi India, Pakistan, Bangladesh, China dan Arab Saudi.
    
3. Perusahaan Makanan Cacing
Perusahaan ini merupakan satu penemuan baru di negara ini dan berjaya diusahakan di kampung ini. Proses membuat Makanan Cacing ini melibatkan campuran sisa buangan / kambing dan serbuk kayu.

Perusahaan ini memberi pulangan ang cukup baik kepada pengusaha. Perusahaan ini masih pada peringkat permulaan dan sedang dipertingkatkan usaha kea rah menjadikan ianya lebih berjaya dan dapat menghasilkan keluaran yang tinggi.
 
SUMBANGAN KE ARAH MASYARAKAT PERDAGANGAN BUMIPUTERA
Sesungguhnya kegiatan dan aktiviti ekonomi di kampung ini menjadi kekuatan utama dan memberi ruang kepada masyarakat kampung ini untuk mendapat peluang pekerjaan dan menjana pendapatan tambahan. Lebih daripada 100 orang penduduk kampung ini mendapat peluang pekerjaan yang wujud di kampung ini. Sememangnya wujud Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera di kampung ini.  





PROJEK-PROJEK EKONOMI KAMPUNG
A
PROJEK KHAS BELIA
1
Perkhidmatan Lampu
Tarikh dimulakan          
Oktober 1997
Status Projek                  
Masih berjalan
Saiz Projek                     
Perkhidmatan untuk Majlis Kenduri Kahwin di dalam kampung
Nilai Projek                    
RM450.00
Pendapatan     
RM 30.00 untuk satu perkhidmatan
Pengawasan
Di bawah Gerak Korporat
2
Tanaman Sayuran
Tarikh dimulakan          
Disember 2006
Status Projek                  
Baru bermula
Saiz Projek                      
1 ekar
Nilai Modal                  
RM 5000.00
Pendapatan     

Pengawasan
Gerak Korporat
3
Kedai Runcit dan Alatulis
Tarikh dimulakan          
September 2006
Status Projek                  
Sedang beroperasi
Saiz Projek                      
Kedai (dua pintu)
Nilai Modal                  
RM 10,000.00
Pendapatan untuk persatuan
RM 200.00 sebulan
Pengawasan
Gerak Korporat
4
Bengkel Cuci Kereta
Tarikh dimulakan          
Disember 2006
Status Projek                  
Sedang beroperasi
Saiz Projek                     
20 x 30 kaki
Nilai Modal                  
RM 5000
Pendapatan     
RM 50 sebulan
Pengawasan
Gerak Koporat
5
Tanaman sayur sistem Fertigasi
Tarikh dimulakan          
Januari 2007
Status Projek                   
Baru bermula
Saiz Projek                     
¼ ekar
Nilai Modal                  
RM 5000
Pendapatan     

Pengawasan
Gerak Korporat
6
Ternakan lembu (Sistem Pawah)
Tarikh dimulakan          
Januari 2007
Status Projek                  
Sedang beroperasi
Saiz Projek                     
6 ekor
Nilai Modal                  
RM 3500
Pendapatan     

Pengawasan
Gerak Koporat




 PROJEK-PROJEK EKONOMI KAMPUNG
B
PROJEK BANTUAN BELIA CAWANGAN MELALUI PERUNTUKAN PMAK
1
Kedai Makan
Tarikh dimulakan          
Mac, 1997
Status Projek                  
Masih berjalan
Saiz Projek                     
Sebelah rumah
Nilai Projek                    
RM500.00
Pendapatan Sebulan     
RM350.00
Bantuan Belia Caw      
RM100.00
Nama Pengusaha          
Sdr Roshidi bin Hamid

2

Projek Tanaman Sayur

 

Tarikh dimulakan          
Julai, 1997

 

Status Projek                  
Masih berjalan

 

Saiz Projek                     
2 ekar di Pokok Macang

 

Nilai Projek                    
RM2000.00

 

Pendapatan Sebulan     
RM1000.00

 

Bantuan Belia Caw      
RM200.00

 

Nama Pengusaha          
Idrus bin Ghazali

3

Jahitan Pakaian Wanita

 

Tarikh dimulakan          
Januari, 1997

 

Status Projek                  
Masih berjalan

 

Saiz Projek                      
Stor di rumah

 

Nilai Projek                    
RM 5000.00

 

Pendapatan Sebulan     
RM 500.00

 

Bantuan Belia Caw      
RM 200.00

 

Nama Pengusaha          
Sdri Noraini binti Ahmad

4

Alabama Enterprise (Sos Cili, Sos Cucur Udang, Satay, Acar limau, Kacang tumbuk & Katering )

 

Tarikh dimulakan          
Tahun 1996

 

Status Projek                  
Masih berjalan

 

Saiz Projek                     
Kawasan sekitar

 

Nilai Projek                    
RM20,000.00

 

Pendapatan Sebulan     
RM3000.00

 

Bantuan Belia Caw      
RM 300.00

 

Nama Pengusaha          
Sdr Abd. Halim bin Noordin



 PROJEK-PROJEK EKONOMI KAMPUNG
C
PROJEK BANTUAN PMAK, LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
1
Pemprosesan dan Pembuatan Lobak Ayam

 

Tarikh dimulakan          
Tahun 2005

 

Status Projek                  
Masih berjalan

 

Saiz Projek                     
20 X 20 kaki

 

Nilai Projek                    
RM 5000.00

 

Pendapatan Sebulan     
RM 1500.00

 

Nama Pengusaha          
Pn. Maziah bt Che En 
2
Tanaman Sayur

 

Tarikh dimulakan          
Tahun 1996

 

Status Projek                  
Masih berjalan

 

Saiz Projek                     
3 ekar

 

Nilai Projek                    
RM 5000.00

 

Pendapatan Sebulan     
RM 1000.00

 

Nama Pengusaha          
En. Mohd Nasir bin Awang
3
Kuih Tradisional

 

Tarikh dimulakan          
Tahun 1997

 

Status Projek                  
Masih berjalan

 

Saiz Projek                     
20 X 20 kaki

 

Nilai Projek                    
RM5000.00

 

Pendapatan Sebulan     
RM 600.00

 

Nama Pengusaha          
Pn. Che Som binti Hashim
4
Ternakan Kambing

 

Tarikh dimulakan          
Tahun 1996

 

Status Projek                  
Masih berjalan

 

Saiz Projek                     
40 ekor kambing

 

Nilai Projek                    
RM10000.00

 

Pendapatan Sebulan     
RM 1000.00

 

Nama Pengusaha          
En. Othman bin Ahmad – Ketua Projek
Pn. Rahmah binti Hussein
  

 PROJEK-PROJEK EKONOMI KAMPUNG
D
AHLI BELIA CAWANGAN YANG TERLIBAT DENGAN AKTIVITI EKONOMI
1
Perniagaan Asas Unggul
Tarikh dimulakan          
Tahun 1993
Status Projek                  
Masih berjalan
Saiz Projek                     
Kawasan sekitar
Bidang Niaga
Kontraktor Binaan
Nama Ahli
Sdr Mohamad bin Hashim
2
Perniagaan Jalil dan Keluarga
Tarikh dimulakan          
Tahun 1990
Status Projek                  
Masih berjalan
Saiz Projek                     
Kawasan Utara
Bidang Niaga
Kontraktor Binaan dan Pembekal Makanan
   Nama Ahli
Sdr Abdul Jalil bin Abdul Rahman
3
Van Kilang
Tarikh dimulakan          
Tahun 1995
Status Projek                  
Masih berjalan
Saiz Projek                     
3 buah van
Bidang Niaga
Membawa pekerja kilang
Nama Ahli
Sdr Rumli bin Kamis
4
Delima Bakti Enterprise
Tarikh dimulakan          
Tahun 1996
Status Projek                  
Masih berjalan
Saiz Projek                     
Pasar Awam, Pasar Tani dan Pasar Malam
Bidang Niaga
Menjual Ikan
Nama Ahli
Sdr Norzaidi bin Ahmad
5
Pembuat Pekasam
Tarikh dimulakan          
Tahun 1995
Status Projek                  
Masih berjalan
Saiz Projek                     
Sebelah rumah
Bidang Niaga
Pembekal Ikan Pekasam
Nama Ahli
Pn. Jamilah binti Yahya
6
Perniagaan Moktar
Tarikh dimulakan          
Tahun 1985
Status Projek                  
Masih berjalan
Saiz Projek                     
30 X 30 kaki
Bidang Niaga
Pelbagai barang keperluan runcit
Nama Ahli
Hj. Moktar bin Osman




7
Gerai Buah-buahan
Tarikh dimulakan          
Tahun 1996
Status Projek                  
Masih berjalan
Saiz Projek                     
Pasar Tani dan Pasar Malam
Bidang Niaga
Pelbagai Jenis Buahan
Nama Ahli
Sdr Mohd Anas bin Othman
8
Tanaman Padi
Tarikh dimulakan          
Tahun 1991
Status Projek                   
Masih berjalan
Saiz Projek                     
5 ekar
Bidang Niaga
Menanam Padi
Nama Ahli
Sdr Habibullah bin Saad
9
Perkhidmatan Mengecat
Tarikh dimulakan          
Tahun 1989
Status Projek                  
Masih berjalan
Saiz Projek                      
Kawasan sekitar
Bidang Niaga
Mengecat Bangunan
Nama Ahli
Sdr Rosli bin Saad