......Selamat Datang ke Blog Kampung Air Melintas Besar......

Thursday, 17 May 2012

KEROHANIAN DAN SIVIK


Aktiviti kerohanian dan sivik menjadi perkara penting di kampung ini dalam usaha untuk menjadikan masyarakat kampung ini bersatu padu, bekerjasama dan menyemai semangat dan pembinaan jati diri yang kuat.

Organisasi utama yang menyelaraskan program kerohanian dan sivik :-
v  Jawatankuasa Masjid
v  Jawatankuasa Surau
v  Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Air Melintas Besar
v  Komuniti Bestari Air Melintas Besar

Terdapat DUA buah Kelab Sukan yang ditubuhkan di kampung ini iaitu :
v  Kelab Bowling
v  Kelab Bolasepak

AKTIVITI KEROHANIAN DAN SIVIK
 Aktiviti kerohanian dan sivik dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu   :
v  Kebudayaan dan Kesenian
v  Agama
v  Sukan dan Kemasyarakatan

Aktiviti Kebudayaan dan Kesenian

Bil
Program
Penglibatan
Kekerapan
1.     
Kumpulan Kompang
Remaja
Seminggu sekali
2.     
Kumpulan Koir / Nasyid / Berdah
Wanita
2 minggu sekali
3.     
Kumpulan Marhaban
Lelaki / Remaja
Sebulan sekali
4.     
Latihan Tae Kwon Do
Remaja / Pelajar
Seminggu sekali
5.     
Latihan Silat
Remaja
Seminggu sekali
6.     
Latihan Muay Thai  ( Tomoi )
Pemuda / Remaja
Seminggu sekali
7.     
Pertandingan Karaoke
Semua peringkat
Setahun sekali
8.     
Pertandingan Nasyid
Semua peringkat
Setahun sekali
9.     
Wujudkan Lagu Kampung
Jawatankuasa
Sekali

Untuk memberi ruang kepada generasi baru, diwujudkan satu ruang dalam kawasan Mini Perpustakaan yang dinamakan LAMAN KLASIK @ MINI MUZIUM
v  menghimpunkan barangan lama seperti mesin getah, penimbang, sisir sawah dan sebagainya  


 AKTIVITI AGAMA    
Bil
Program
Penglibatan
Kekerapan
1.     
Ceramah Bulanan / Peristiwa
Semua Peringkat
Sebulan sekali
2.     
Kuliah Maghrib – Surau
Semua Peringkat
2 kali seminggu
3.     
Kuliah Maghrib – Masjid
Semua Peringkat
3 kali seminggu
4.     
Kelas Agama    
Wanita
Seminggu sekali
5.     
Kelas Quran
Wanita
Seminggu sekali
6.     
Kelas Quran
Kanak-kanak
6 kali seminggu
7.     
Qiamullail
Semua Peringkat
Setahun sekali
8.     
Tadarus Quran
Semua Peringkat
Sepanjang Ramadhan
9.     
Majlis Khatam Quran
Semua Peringkat
Akhir Ramadhan
10.  
Takbir Malam Raya
Semua Peringkat
Setahun sekali
11.  
Program Bubur Asyura
Semua Peringkat
Setahun sekali
12.  
Pengurusan Jenazah
Semua Peringkat
Mengikut kematian
13.  
Kursus Penyembelihan
Semua Peringkat
Mengikut keperluan
14.  
Kursus Pengurusan Jenazah
Semua Peringkat
Mengikut keperluan
15.  
Taklimat Zakat
Semua Peringkat
Setahun sekali
16.  
Program Jom Pi Masjid
Semua Peringkat
Setahun sekali
17.  
Mengadakan Majlis Qurban
Semua Peringkat
Setahun sekali
18.  
Perarakan Maulid-ur- Rasul
Semua Peringkat
Setahun sekali
19.  
Pertandingan Azan dan Nasyid
Semua Peringkat
Setahun sekali
   
Aktiviti Sukan dan Kemasyarakatan
Bil
Program
Penglibatan
Kekerapan
1.     
Pertandingan Bolasepak 7 sebelah
Lelaki
Setahun sekali
2.     
Pertandingan Futsal tertutup
Lelaki
Setahun sekali
3.     
Pertandingan Sepak Takraw
Lelaki
Setahun sekali
4.     
Pertandingan Badminton
Lelaki / Wanita
Setahun sekali
5.     
Pertandingan Bola Jaring
Wanita
Setahun sekali
6.     
Pertandingan Ping Pong
Lelaki / Wanita
Setahun sekali
7.     
Pertandingan Bowling Keluarga
Semua Peringkat
Setahun sekali
8.     
Pertandingan Bowling ( Kelab )
Lelaki
Sebulan sekali
9.     
Larian Rentas Desa
Semua Peringkat
Setahun sekali
10.  
Program Berbasikal
Semua Peringkat
Setahun sekali
11.  
Sukan Dalaman – Dam, Congkak
Semua Peringkat
Setahun sekali
12.  
Senamrobik
Semua Peringkat
Seminggu sekali
13.  
Pertandingan Memancing
Semua Peringkat
2 kali setahun
14.  
Kempen Jalur Gemilang
Semua Peringkat
Setahun sekali
15.  
Hari Keluarga
Semua Peringkat
Setahun sekali
16.  
Jamuan Mesra Aidil Fitri
Semua Peringkat
Setahun sekali
17.  
Penyelenggaraan Kenduri Kahwin
Semua Peringkat
Mengikut keperluan
18.  
Program Anak Angkat
Semua Peringkat
Mengikut permintaan


 KEPEKAAN MASYARAKAT
v  Perpaduan menjadi teras utama masyarakat kampung ini.
v  Kenduri – kendara dijalankan secara gotong-royong – ada pasukan mentara lelaki dan perempuan
v  Saling membantu jika ada yang terlibat dengan bencana, sakit dan sebagainya
v  Menyelenggarakan urusan kematian / jenazah
v  Membantu golongan kurang upaya, miskin dan anak yatim

KESEDARAN SIVIK
v  Kesedaran dan kefahaman tentang hubungan dalam masyarakat selalu diberi penekanan dan keutamaan baik dalam soal kebajikan, kebersihan, kesihatan, pergaulan dan sebagainya.

KAWALAN KESELAMATAN DAN KEHARMONIAN KAMPUNG
v  Kawalan keselamatan sentiasa bersedia untuk dilancarkan jika wujud masalah seperti pecah-rumah.
v  Pasukan kawalan keselamatan diwujudkan dalam bentuk kumpulan
v  Kawalan secara pemantauan sentiasa berterusan
v  Jadikan Hari Keluarga, Jamuan Raya, Takbir Malam Raya dan aktiviti lain sebagai acara tetap demi memastikan hubungan baik dan keharmonian sentiasa wujud di kalangan masyarakat

KESAN AKTIVITI KEPADA PEMBANGUNAN INSAN
v  Semua penduduk memberi kerjasama yang baik walaupun mempunyai ideologo dan fahaman politik yang berbeza
v  Semangat gotong-royong telah menjadi amalan dan tradisi dalam banyak perkara
v  Sentiasa wujud kepekaan dan keprihatinan jika ada jiran yang sakit, susah, alami bencana dan sebagainya.

2 comments:

  1. teruskan usaha ini...eratkan hubungan sesama orang kampung.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kepada team kg air melintas besar .. Terasa rindu seperti saad mula mengenali penduduk kg air melintas besar..
    Semoga segala peselisihan di maafkan...

    ReplyDelete